Monday, June 20, 2011

peringatan bersama


Assalamualaikum..warahmatullahi wabarakatu....

Rasulullah SAW menyeru agar pemimpin yang zalim dihalang dan ditolak segala kezaliman, penindasan dan segala kerosakan yang dilakukannya. Ini sejajar dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani)

Sesungguhnya Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersada: “Ruh-ruh manusia diciptakan laksana prajurit berbaris, maka mana yang saling kenal di antara satu sama lain akan bersatu. Dan mana yang saling mengingkari di antara satu sama lain akan berpisah.” (HR muslim 4773)

"dunia ini umpana lautan yang luas. kita adalah kapal yang belayar di lautan. telah ramai kapal karam didalamnya... andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification