Monday, March 28, 2011

"Kanak-kanak Palestin disiksa secara seksual dalam tahanan"

Pada bulan Ogos baru lalu, seorang jurnalis akhbar Israel Hareetz bernama Amira Hass telah menulis tentang tindakan tentera Zionis menangkap kanak-kanak dari sekolah mereka dan kemudiannya disiksa dan dihina ketika ditangkap dan berada dalam tahanan. Kanak-kanak ini kebanyakannya tangkap atas tuduhan melontar batu. Mereka lazimnya dikurung di dalam penjara tentera atas tuduhan memberi keterangan dan maklumat palsu di mahkamah tentera Zionis, termasuklah kerana enggan mengaku bersalah.
Amira Hass, seorang jurnalis dan penulis Israel kelahiran Jerusalem merupakan seorang yang berhaluan kiri dan terkenal dengan laporan-laporan kritis, sehinggakan beliau pernah mendapat anugerah-anugerah jurnalism tertinggi. Antaranya, beliau pernah menerima anugerah Press Freedom Hero daripada International Press Institute pada tahun 2000, Bruno Kreisky Human Rights Award pada tahun 2002, UNESCO World Press Freedom Prize pada tahun 2003, dan juga Lifetime Achievement Award daripada International Women’s Media Foundation pada tahun 2009. Beliau sendiri pernah ditangkap oleh tentera Zionis ketika dalam perjalan memasuki negara haram Israel setelah pulang daripada menyertai pelayaran solidariti ke Gaza pada awal bulan Disember 2008.
Pada hakikatnya, sehingga 700 orang kanak-kanak Palestin ditangkap oleh tentera Zionis dalam tempoh satu tahun. Lazimnya mereka yang ditangkap akan didakwa atas tuduhan melempar batu ke arah kenderaan Israel atau tentera Zionis. Apa yang berlaku apabila kanak-kanak ini ditangkap dan ditahan? 97 peratus daripada kanak-kanak ini menjadi mangsa penyiksaan, bahkan 14 peratus daripada mereka menjadi mangsa gangguan seksual atau ancaman kekerasan seksual.
Melalui kajian ke atas 100 orang kanak-kanak berumur di antara 12 dan 17 tahun yang telah ditangkap sepanjang tahun lepas, Hass memberikan statistik terperinci yang menggambarkan kezaliman dan perlanggaran hak-hak kemanusiaan oleh tentera Zionis.
Menurut laporan Hass, penderaan ini berlaku dengan begitu ketara sejak dua tahun lalu apabila tentera Zionis menangkap sekumpulan kanak-kanak Palestin di kem pelarian Arroub atas tuduhan membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan Zionis yang melalui kawasan tersebut.
Tentera Zionis mendakwa kanak-kanak tersebut ditangkap ketika sedang membaling batu. Namun apabila diselidiki oleh seorang wakil Yayasan Hati Nurani rakyat Palestin, Mahmoud Hassan, dakwaan itu ternyata tidak benar. Beberapa orang saksi termasuk guru sekolah mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut sebenarnya telah ditangkap ketika mereka berada di pintu masuk sekolah.
Dalam sesi terakhir perbicaraan kanak-kanak kem pelarian Arroub ini, mahkamah Zionis mengumumkan bahawa mereka akan membawa beberapa orang guru sekolah untuk memberi kenyataan di mahkamah. Guru-guru ini akan bersaksi bahawa tentera Zionis telah menangkap kanak-kanak berkenaan di sekolah, bahkan dari dalam kelas ketika mereka sedang belajar. Namun apa yang berlaku, mahkamah telah menarik balik pernyataan tersebut sebelum guru-guru hadir di mahkamah. Menurut Hass, ini hanyalah merupakan salah satu masalah yang menunjukkan peningkatan dalam penyalahguaan kuasa di mahkamah tentera Zionis terhadap kanak-kanak Palestin.
Yang pasti, jumlah kanak-kanak Palestin yang ditangkap dalam tempoh setahun mencecah sehingga 700 orang. Dari penelitian kajian ke atas kanak-kanak yang pernah ditangkap, sekitar 65 peratus daripada mereka ditangkap di antara waktu tengah malam dan jam 4:00 pagi. Sejurus selepas ditangkap, mereka kemudiaannya akan berhadapan dengan berbagai bentuk penyiksaan dan penganiayaan.
Hampir kesemua daripada mereka – 97 peratus, diikat pergelangan tangan dalam tempoh yang sangat lama, manakala 92 peratus daripada mereka ditutup mata untuk jangkasama yang lama juga. 69 peratus daripada mereka menjadi mangsa penderaan fizikal oleh askar dan juga penyiasat tentera, termasuklah ditampar, ditendang dan dihentak dengan menggunakan objek seperti senjata. 26 peratus daripada mereka dipaksa berada dalam keadaan atau posisi yang menyakitkan secara berterusan. Mereka juga tidak diberi makan dan minum.
Seorang kanak-kanak menyebut bahawa dia telah diikat, ditutup mata dan dipaksa duduk di atas lantai sebuah jip atau kenderaan tentera sepanjang perjalanan dibawa menuju ke penjara.
Selain daripada itu, 49 peratus dari kanak-kanak yang ditangkap telah diancam dengan kekerasan sekiranya mereka tidak mengaku bersalah. 32 peratus lagi mendakwa mereka dipaksa menandatangani surat pengakuan berbahasa Hebrew yang mereka sendiri tidak memahaminya.
Bagi Hass, beliau agak terkejut dengan dakwaan penyiksaan berbentuk seksual. Menurut beliau, mereka yang ditahan biasanya akan mengambil masa yang agak lama untuk menceritakan perkara ini kepada peguam yang menyiasat. Namun, semua kanak-kanak yang disoal-siasat dalam kajian ini menceritakan semuanya sejurus selepas mereka dibebaskan daripada tahanan. 50 peratus daripada kanak-kanak ini mendakwa mereka telah di hina secara seksual dalam bentuk fizikal dan verbal.
Seorang mangsa yang berumur 15 tahun telah ditampar dan disakiti kemaluannya apabila dia tidak mengaku bersalah atas tuduhan membaling batu dan bom Molotov. Menurut kanak-kanak ini, apabila beliau tidak mengaku membaling batu atau bom Molotov, askar yang bertanya akan menengking sambil memaki-hamun bahawa dia berbohong, dan seterusnya menyiksa kemaluannya selagi mana dia tidak mengaku berbuat kesalahan itu. Tidak tertahan siksaan, kanak-kanak ini akhirnya mengaku bersalah membaling batu.
Kezaliman seperti ini berterusan tanpa ada sebarang dakwaan di buat ke atas pihak berkuasa Zionis kerana ibupada atau wakil-wakil kanak-kanak ini tidak mempunyai keyakinan terhadap sistem pengadilan Israel yang akan dilalui. Malahan mereka bimbang sistem pengadilan atau pihak-pihak tertentu di Israel akan bertindak balas sekiranya mereka membuat sebarang dakwaan.
Undang-undang Israel mewajibkan semua proses interogasi oleh tentera Zionis dirakam. Namun ejen penyiasat Shin Bet dikecualikan daripada undang-undang ini. (mn/Hareetz/alqudspress)

Friday, March 11, 2011

Salam…..um…saya nak buat pengkongsian tentang halaqah kami…hihih…apa yang best adalah pada tarikh 12/3/2011. Kami telah menjayakan program kami dengan begitu baik…dan rasa bersyukur  yang begitu tinggi kepada ALLAH yang maha pemurah…
power rangers ISLAM
Pada saat itu, kami dapat melahirkan khudwah hasanah sesama sendiri walaupun selalu berdiam diri…kali ini, bukan tajkirah Cuma coretan hati berkenaan hari “kiamat”…”setelah kami selesai makan makanan sampingan kami terus diberikan keizinan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah…terutamanya “sungai”…hihih…???
Kami tergesa-gesa..huk,huk,huk…..
Seterusnya kita  pergi kepada satu realiti perasaan seorang hamba yang amat kerdil…pada saat dia nak mandi…dia terfikir mandi untuk apa? Sonok, kegembiraan dan lain2…um…persoalan tentang “nawaitu” adalah begitu rumit untuk dilurahkan kerana memerlukan peganggan yang kuat bagi melalui  jalan yang ditentukan oleh Maha bijaksana, Allah S.W.T… dia pun mengatakan inysaALLAH…nak mandi kerana ingin berubudiah kepada Allah..
Dalam membuatkan keputusan mandi untuk pa da selesai? Tiba lah masa untuk natijah apa yang dia akan peroleh seandainya melakukan sesuatu yang tidak pasti…”hamba ini akhirnya turun untuk membasahkan dirinya…dan sungai yang disertakan air yang terjun dari atas batu yang menyebabkan saluran air begitu deras…” hamba Allah ini berenang kearah saluran air terjun tersebut..setelah itu, dia cuba merasai kekuatan air terjun tersebut…tetapi pada saat itu dia merasai akan kekuatan hentaman air yang menimpa ke badannya…lantaran itu, hamba itu berfikir tentang bagaimana dengan hari kemusnahan alam semesta…persoalan yang timbul dalam fikiran hamba tersebut “sendainya berlaku, adakah aku bersedia?”…kesimpulannya sudah siap kita untuk menempuh hidup yang kekal disana??
Sebagai pengajaran!....untuk peringatan diri dan pelawat2 sekalian…dan cerita diatas hanya cerita tentang diri seseorang…..moga2 Allah menerima taubat kita nantinya AMIN…….sekian coretan hati untuk pada kali ini…nantikan cerita seterusnya…????

Saturday, March 5, 2011

"pEnULiSaN"

06/03/2011
PRS BHA!!

Alhamdulillah….sekian lama penulisan aku dapat diteruskan…pada kali ini…aku akan menceritakan tentang hari yang lepas-lepas…pada beberapa hari lalu..aku telah terpilih jadi calon MPP…ceh wah!..hebat lah tu konok…hihihi…takda lah besa sak bha…setelah menjelang pengiraan undi…aku sungguh tidak menyangka aku memenangi kerusi sebanyak 107 kerusi…law nak kata jumlah tu byk boleh juak kot….hihihi…sampai sekarang…
Itu sahaja untuk berita yang baik…um…sekarang ceta sal proses pembelajaran lak…aku rasa law aku duduk dalam kelas cam da sak yang kacau pemikiran…jenk..jenk..jenk…x da papa bha…Cuma khayalan…
Persoalan yang sering timbul dalam diri ini…adakah aku layak untuk memegang jawatan itu..kerana sebelum ini aku tidak pernah memegang jawatan…lagipun sebelum ini endak pernah aku m’ghadiri perjumpaan PERKEMASS (persatuan sabah dab sarawak)…
Hal ini aku masih tidak menjumpai jawapannya…aku harap biarlah pada saat itu aku mampu menerima baik atau pun “bad”…Allah sajalah tempat aku memohon kekuatan itu…
Seterusnya, perubahan yang ingin aku lakukan adalah…menjadi sorang yang mampu memimpin diri dan org lain…amin…matlamat aku adalah redha Allah…moga2 Allah melimpahkan berkah-NYA…
Maybe itu sak kot…sory semuanya ttg MPP jak..tapi mmg sukar tuk aku mempercayainya…ceh wah!...aku harap Allah akan member kepandaian untuk memimpin kelak..amin..

Doa pada hari ini..

“Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku, keluargaku, sahabat2ku, jiran2ku, dan kamu muslimin dan muslimah…”
“Ya Allah, berikanlah aku pengetahuan tentang bagaimana untuk memimpin agar aku tidak merasa diriku ini begitu teruk dan jangan Engkau ya Allah, memberikan pengetahuan itu sehingga aku lupa diri…”
“Ya Allah, pertemukanlah aku dengan wanita yang mencintai, mengasihi dan merindukan-MU…agar aku turut merasainya…”

Wednesday, February 23, 2011

“ERTI KEMERDEKAAN DARI PERSPEKTIF RAMADHAN”

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
merdeka dari segi islam!
Satu laungan yang cukup untuk menggoncangkan hati pendekar-pendekar Melayu. Mereka pernah menitiskan air mata, mereka pernah mengalirkan darah dan mereka segelintirnya syahid mempertahankan bangsa dan agama. Melihatkan Malaysia pada hari ini, andai kata Tok Janggut masih hidup, adakah beliau mampu tersenyum. Fikir fikirkan…
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Aruf Lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Arif Dan Berpaksikan Keadilan Semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya, Seterusnya mahasiswa-mahasiswi yang saya segani serta hormati sekelian.
Assalamualaikum wrth salam perpaduan...dan salam Ramadhan...
Tanggal 31 Ogos 1957 masihi, detik jam 12 malam, turunya bendera Jack Union diiringi dengan laungan kemerdekaan oleh perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Al-Haj adalah detik bersejarah yang ditersemat kukuh dalam sanubari setiap warga Tanah Melayu ketika itu. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Justeru, bicara perdana saya pada petang ini bukan hanya berkisar tntang kemerdekaan Negara sahaja, tetapi apakah erti kemerdekaan dari perspektif ramadhan.
Atas persoalan Sejauh manakah tulusnya makna Kemerdekaan itu dalam masyarakat Malaysia??. Saya kecilkan definisi dengan menumpukan sekitar persoalan pencapaian Malaysia selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Frasa capai atau pencapaian mengikut kamus Dewan Edisi Terbaru adalah bermaksud prestasi. Tuntasnya, definisi pidato saya adalah tertumpu dalam skop prestasi Negara Malaysia selepas kemerdekaan pada tahun 1957.
Sidang Pendengar Yang Setia,
Atas kata bicara “ kestabilan ekonomi Negara yang jauh lebih baik berbanding 50 tahun yang lalu “ adalah hujah saya yang pertama. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan sekitar atahun 80-an mencatakan perkembangan positif yang dimangkinkan dengan pertumbuhan sektor pembuatan telah menukar parameter makro ekonomi Negara. Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysiatelah mengalami transformasi struktur iaitu daripada bentuk ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu bentuk ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara perindustrian. Misalnya, saya bawakan perbandingan angka pengeluaran sektor pertanian yang telah meningkat daripada RM10.2 bilion pada tahun 1980 kepada RM17.9 bilion pada tahun 2001. Justeru peningkatan ini menunjukkan bahawa negara kian menampakkan perkembangan yang positif.
Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan “ Integrasi masyarakat majmuk yang semakin baik “. Justeru, dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh penjajah British telah merosakkan kesatuan tiga kelompok bangsa yang mendiami Tanah Melayu ketika itu. Justeru, pelbagai program dan dasar dirangka oleh pihak kerajaan dalam memastikan integrasi kaum dapat dieratkan. Dasar Wawasan Negara, konsep sekolah integrasi dan dasar pembawakan pimpinan hari ini adalah bertepatan dengan penyatuan masyarakat majmuk dalam Negara pada hari ini. Orang Melayu misalnya bukan lagi penduduk tetap desa dan orang India pula sudah keluar daripada kepompong estet dan ladang.
Sidang Dewan Yang budiman
Kata kunci saya yang ketiga “ Perkembangan sector pendidkan yang lebih baik berbanding 50 tahun yang lalu “ adalah merupakan hujah penting dalam menampakkan prestasi negara Malaysia pada hari ini. Jika dulu kebanyakan rakyat Tanah Melayu buta huruf, namun pada hari ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysiahingga mampu mengharumkan nama Negara dalam bidang pendidikan. Contohnya kejayaan Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, Pelajar PhD di bidang Nano Technology diUniversiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan nama negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005.
Isi saya yang keempat adalah bertitik tolak atas asas “ Kemampuan rakyat untuk berdikari dan mengharaumkan nama Negara “. Saya bawakan nama-nama seperti Dato’ Azhar Mansur, pelayar solo mengelilingi dunia, Dato’ Malik Maidin, Perenang yang mengharumkan nama rakyat Malaysia ketika berenang merentasi selat Inggeris, Dr Syeikh Muzzaffar Shukor Syeikh, selaku angkasawan pertama Malaysia dan ramai lagi wira kebanggaan yang telah mengharumkan nama Negara dipersada anatarabangasa. Semua ini adalah menunujukkan bahawa betapa rakyat Malaysia mampu berdikari diperingkat perdana.
Sidang audian yang dirahmati Allah
Prestasi pembangunan modal insan, atas kata bicara “ sirnanya budaya dan tatasusila timur rakyat jika dibandingkan dengan zaman sebelum kemerdekaan “. Kebejatan social anak-anak muda, runtuhnya social kemasyarakatan dan hilangnya keperkasaan institusi kekeluargaan adalah bahana besar kepada rosaknya modal insan Negara. Dalam pidato saya pada hari ini, suka saya cadangkan agar tindakan segera dan serius dibuat oleh pihak berkuasa untuk memastikan generasi muda hari ini akan mampu mentadbir negara suatu masa nanti dengan baik.
Tuntasnya, Prestasi Malaysia adalah lebih baik jika dilihat dari sudut Ekonomi, Pendidikan, Sosial dan kemampuan rakyat. Walaubagaimanapun saya agak mahu memberikan hujah kontra berkenaan dengan kemerosotan tingkah laku anak-anak muda dan lunturnya tatasusila budaya timur hari ini.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification